Berita

MBS lancar Pelan Tindakan Bandar Pintar dan Rendah Karbon 2027

SEREMBAN: Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah melancarkan Pelan Tindakan Bandar Pintar dan Bandar Rendah Karbon Seremban menjelang 2027.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, perancangan ini dilakukan bagi melihat Seremban sebagai sebuah bandar yang moden dan inklusif serta dapat memberikan gaya hidup baru kepada penduduk.

“Seperti sedia maklum, Seremban merupakan tempat tinggal bagi kebanyakkan mereka yang bekerja di Lembah Klang.

“Oleh itu, pelan ini dibuat bagi memastikan Seremban bukan sahaja dijadikan tempat tinggal, malahan mampu memberi peluang pekerjaan khususnya kepada anak Negeri Sembilan.

“Saya berharap agar rancangan ini dapat dijalankan dengan tindakan dan pelaksanaan yang tepat serta menjelang 2027 kita dapat melihat bahawa Seremban akan berubah wajah,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di sidang media Pelancaran Pelan Tindakan Bandar Pintar dan Bandar Rendah Karbon Seremban 2027 dan Pelan Tindakan Khas Pembaharuan Pekan Nilai.

Show More

Related Articles

Back to top button