Berita

Kerajaan Negeri sedia bangunkan semula Pekan Nilai

SEREMBAN: Kerajaan Negeri bersedia untuk membangunkan semula Pekan Nilai menerusi Pelan Tindakan Khas Pembaharuan Pekan Nilai yang dilancarkan oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS).

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pelan tersebut bertujuan merancang semula pembangunan Pekan Nilai dengan lebih baik.

“Terima kasih kepada PLAN@Malaysia kerana telah menjalankan kajian dan menyiapkan pembaharuan semula Pekan Nilai.

“Daripada pelan ini, kita dapat merangka tindakan yang perlu dilakukan serta perancangannya.

“Memang akan menggunakan kos yang tinggi tetapi kita perlu sedar potensi yang terdapat sekiranya Pekan Nilai ini dibangunkan semula,” kata Aminuddin.

Beliau berkata demikian di sidang Media Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Bandar Pintar dan Bandar Rendah Karbon Seremban 2027 dan Pelan Tindakan Khas Pembaharuan Pekan Nilai.

Show More

Related Articles

Back to top button