Berita

Aminuddin sumbang RM125,000 kepada masjid dan surau Parlimen PD

PORT DICKSON: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah memberi sumbangan sebanyak RM125,000 kepada masjid dan surau yang terdapat di dalam parlimen Port Dickson.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Port Dickson berkata, sumbangan tersebut bagi membantu pihak masjid dan surau melakukan program atau aktiviti sempena Ramadan yang akan tiba.

“Sumbangan tersebut telah diberikan di Program Sambutan Ambang Ramadan 2023 yang bertempat di Masjid Jamek Dato’ Abdullah Sijang.

“Besarlah harapan saya agar Ramadan kali ini menjadi Ramadan terbaik buat kita semua serta semoga kita dapat memperkukuhkan ketaqwaan terhadap Allah,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button