Berita
Mangsa kemalangan terima sumbangan kewangan daripada Aishah
GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman telah memberikan sumbangan kewangan kepada Encik Jumasri Rahim di Felda Jelai 4.
Siti Aishah berkata, Encik Jumasri terlibat dalam kemalangan jalan raya bulan lalu.
“Keadaan beliau semakin pulih tetapi tidak mampu melakukan kerja berat.
“Oleh itu sumbangan ini diberikan bagi meringankan beban beliau.
“Saya mendoakan agar beliau cepat sembuh seperti sedia kala,” kata Siti Aishah.