Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin tawar potongan harga hingga 30 peratus
SEREMBAN: Program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin menawarkan potongan harga 20 peratus hingga 30 peratus.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, program tersebut juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.
“Oleh hal yang demikian, Kerajaan Negeri bersetuju untuk meneruskan program ini pada tahun ini.
“Pelbagai barangan keperluan dijual di dalam program ini seperti ikan, ayam, minyak masak paket dan telur.
“Ianya dijalankan di tujuh lokasi berbeza pada setiap hari Jumaat bermula jam 8:30 pagi hingga stok habis.
“Ia juga merupakan hasrat Kerajaan Negeri dengan penganjuran program ini adalah untuk membantu rakyat khususnya yang terbeban dengan kenaikkan harga barang.
“Besarlah harapan saya agar rakyat Negeri Sembilan dapat memanfaatkan program ini dan mendapatkan barangan keperluan dengan harga yang lebih murah daripada pasaran, Insya Allah,” kata Aminuddin.