BeritaMenarik

KBS Motorsport Carnival mampu lahirkan pelumba profesional

JEMPOL: Program KBS Motorsport Carnival Negeri Sembilan Tahun 2023 yang diadakan di Litar Permotoran Jempol Motorplex, mampu melahirkan pelumba motosikal profesional.

Exco Pembangunan Belia dan Sukan, YB Mustapha Nagoor berkata, program ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Sukan Bermotor PRD untuk memberi pendedahan kepada golongan remaja dan belia yang mempunyai potensi berlumba secara profesional.

“Kerjasama sebegini sangat selari dengan konsep Malaysia MADANI d imana suatu ikhtiar secara bersepadu dan holistik untuk menjadikan segala dasar dan pelaksanaan di Malaysia lebih manusiawi.

“Saya bangga Kerajaan Negeri Sembilan mengiktiraf daerah Jempol sebagai sebuah daerah sukan permotoran.

“Litar ini telah mendapat kelulusan spesifikasi dari Motorsport Association of Malaysia (MAM).

“Usaha Kerajaan Negeri melalui pelaksanaan program seumpama ini dilihat dapat mengurangkan dan membanteras masalah sosial dalam kalangan belia,” katanya.

Mustapha yang juga ADUN Palong berkata, beliau mahu melihat anak-anak muda bergiat aktif dan sentiasa melibatkan diri dalam program-program yang banyak memberi manfaat.

“Semoga segala ilmu dan kemahiran yang diperolehi dengan sebaiknya mampu membuktikan kepada keluarga dan masyarakat bahawa belia merupakan harapan bangsa dan negara,” ujarnya.

 

Show More

Related Articles

Back to top button