Berita

Negeri Sembilan tidak anjur sambutan ambang tahun baru

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan bahawa mereka tidak akan menganjurkan sambutan ambang tahun baru pada kali ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, ini kerana situasi terkini memerlukan orang ramai cakna terhadap isu yang berlaku di dalam dan luar negara.

“Walaupun begitu, Kerajaan Negeri tidak menghalang aktiviti sambutan tahun baru ini.

“Tetapi pihak Kerajaan Negeri ingin penglibatan rakyat di negeri ini untuk bersolidariti terhadap isu di Gaza serta banjir di Pantai Timur.

“Saya juga ingin meminta orang ramai agar berwaspada dengan penularan wabak Covid-19.

“Sungguhpun tiada kes Covid-19 di ICU, tetapi orang ramai diminta sentiasa peka dan berjaga-jaga.

“Kerajaan Negeri juga sentiasa menerima maklumat semasa daripada agensi berkaitan untuk memastikan keadaan di Negeri Sembilan ini terkawal.

“Akhir kata, semoga tahun 2024 ini memberikan kebaikkan kepada seluruh rakyat di Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button