Berita
Kenaikan harga getah RM3 sekilogram beri kelegaan kepada penoreh getah
TAMPIN: Langkah Kerajaan Persekutuan menaikkan paras harga pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada RM3 sekilogram telah memberi kelegaan kepada pekebun kecil getah.
Ahli Parlimen Tampin, YB Dato’ Mohd Isam Mohd Isa berkata, insentif kerajaan ini membabitkan peruntukan sebanyak RM400 juta.
“Saya berharap kerajaan meningkatkan lagi paras harga pengaktifan bagi memberi galakan dan motivasi kepada pekebun kecil getah untuk mengusahakan tanaman,” katanya.