Berita

Kerajaan bangunkan lembu pedaging hybrid, kurangkan kebergantungan kepada daging import

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian Parlimen Bil.7 Tahun 2025.

Cha berkata, mesyuarat ini diadakan untuk mendengar taklimat tentang status terkini industri lembu pedaging hibrid di Malaysia.

“Self-Sufficiency Ratio (SSR) untuk bekalan tempatan daging lembu hanya 15 peratus. 85 peratus daging kita import dari luar negara.

“Manakala bekalan daging lembu premium (lembu pedaging hybrid), penternak tempatan hanya mampu hasilkan lima peratus bekalan daging.

“Justeru itu, kita perlu meningkatkan SSR untuk daging bagi terjaminan makanan dan untuk mengelakkan aliran wang keluar berbilion ringgit (import) setiap tahun.

“Keadaan cuaca, keadaan setempat, kita ada tanah, kita ada rumput yang sesuai untuk penternakan.

“Kerjasama daripada semua pihak, agensi kerajaan, GLC, Kerajaan Negeri kerana melibatkan tanah, sektor korporat dan rakyat Malaysia perlu digabungkan bagi meningkatkan SSR untuk daging,” jelas Cha.

Cha berkata, taklimat ini sebagai tindakan susulan terhadap sesi yang pernah diadakan pada tahun lepas.

“Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Dr.Akma Ngah Hamid telah memberikan taklimat dan menjawab pertanyaan daripada kami.

“Beberapa pegawai kanan DVS turut menghadiri sesi ini.

“Kami sedia maklum akan cabaran yang dihadapi untuk melonjakkan industri ini, namun potensinya amat besar dan amat bermakna dari segi keterjaminan makanan dan aliran keluar wang kita,” kata Cha.

Turut hadir dalam mesyuarat ini Menteri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Dato’ Seri Mohamad Sabu dan Timbalan Menteri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Dato’ Arthur Joseph Kurup.

Anggota JKPK lain yang turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing; Ahli Parlimen Sungai Besar, Dato’ Muslimin Yahaya dan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato’ Rosol Wahid.

 

 

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button