Berita
Kerajaan Negeri peruntuk RM1.36 juta bantu fakir miskin
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan telah memperuntukkan RM1,357,200 bagi membantu 4,524 asnaf fakir dan miskin di negeri ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, sumbangan RM300 bagi setiap asnaf tersebut merupakan hasil daripada projek pembangunan tanaman kelapa sawit dan getah di atas tanah seluas 2,488.97 hektar antara Menteri Besar Negeri Sembilan (Pemerbadanan) dengan Felcra Berhad.
“Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) turut memberikan sumbangan sebanyak RM700 kepada fakir dan RM500 kepada miskin.
“Hal ini menjadikan jumlah yang diterima oleh asnaf fakir sebanyak RM1,000 manakala asnaf miskin sebanyak RM800,” kata Aminuddin.