Berita

Aminuddin beri duit raya kepada 494 asnaf daerah Port Dickson

PORT DICKSON: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah memberikan sumbangan duit raya kepada 494 orang asnaf fakir dan miskin di daerah Port Dickson.

Aminuddin berkata, sumbangan tersebut diberikan di lima lokasi berbeza iaitu 168 asnaf di Masjid Bagan Pinang, 38 orang di Masjid Pekan Linggi, 144 orang di Masjid Jamek Pasir Panjang, 62 orang di Masjid Kampung Paya dan 82 orang di Masjid Lukut.

“Setiap Ketua Isi Rumah akan menerima bantuan RM300 daripada Menteri Besar Negeri Sembilan (Pemerbadanan).

“Manakala Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) pula menyalurkan bantuan Aidilfitri berjumlah RM700 kepada golongan fakir dan RM500 kepada asnaf miskin.

“Secara keseluruhannya setiap ketua isi rumah fakir menerima bantuan berjumlah RM1,000 manakala setiap ketua isi rumah asnaf miskin menerima bantuan berjumlah RM800 menjelang Aidilfitri kelak.

“Semoga sumbangan ini membantu mereka dalam menyambut ketibaan Aidilfitri kelak.

“Saya juga berdoa agar kita memperoleh sebaik-baik ganjaran daripada Allah S.W.T, Insya Allah,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button