Berita

Kerajaan Negeri Sembilan beli rumah PPR Rantau demi kepentingan rakyat

SEREMBAN: Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, YB Teo Kok Seong (Bahau-Pakatan Harapan) berkata, kelewatan penyerahan kunci rumah PPR Rantau adalah disebabkan oleh perpindahan pengurusan dan pentadbiran PPR Rantau tersebut daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kepada Kerajaan Negeri.

Teo berkata, KPKT tidak berkeupayaan menguruskan PPR Rantau melalui kaedah Rent To Own/sewa beli dan berhasrat untuk menyerahkan sepenuhnya pengurusan dan pengisian PPR Rantau kepada Kerajaan Negeri.

“Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk membeli skim PPR Rantau ini daripada Kerajaan Persekutuan dengan tawaran harga RM3.5 juta dan Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) dilantik untuk menguruskan PPR tersebut.

“KPKT kini sedang dalam tindakan penyediaan Kertas Cadangan Pengurusan dan Pengisian Projek Perumahan Rakyat (PPR) Rantau untuk dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri.

“KPKT akan menyerahkan kunci rumah kepada Kerajaan Negeri sebaik sahaja keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri diperolehi.

“Selanjutnya penyerahan kunci akan dibuat Kerajaan Negeri kepada pemilik rumah,” jelas Teo.

Teo berkata demikian di Persidangan Pertama Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di sini, hari ini.

Menurut Teo, tujuan utama Kerajaan Negeri membeli PPR Rantau daripada Kerajaan Persekutuan adalah bagi memastikan rakyat berpendapatan rendah dapat memiliki rumah dan bukan setakat penyewa rumah sahaja.

Show More

Related Articles

Back to top button