Berita

Kerajaan Negeri Sembilan galak persekitaran hidup yang berkualiti

SEREMBAN: Kerajaan Negeri dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Sembilan komited untuk memudahcara dan menyediakan kesalinghubungan digital yang mampan, menyeluruh dan berkualiti tinggi bagi kesejahteraan rakyat.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, usaha ini dijalankan bagi menggalakkan pembangunan ekonomi serta mewujudan persekitaran hidup yang berkualiti di Negeri Sembilan.

“Kami berbincang berkenaan pelaksanaan dan pembangunan infrastruktur komunikasi dalam mencapai aspirasi inisiatif Jalinan Digital Negera (JENDELA).

“Turut dibincangkan adalah hala tuju dalam menggerakkan ekonomi Gerbang Digital Negeri Sembilan bagi tahun 2022,” katanya.

Aminuddin berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat delegasi MCMC Negeri Sembilan yang diketuai Pengarahnya, YBrs. Encik Khairilnaim Osman pada petang semalam.

Show More

Related Articles

Back to top button