Berita
Kerajaan Negeri Sembilan klasifikasi Tanah Adat ikut ‘Suku’
Supaya generasi akan datang tahu mereka 'Suku' apa
SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, geran tanah atau fail dokumen berkaitan Tanah Adat di setiap Pejabat Daerah di negeri ini, diklasifikasikan mengikut ‘Suku’ masing-masing.
“Kalau pergi ke Pejabat Tanah untuk pencarian fail Tanah Adat, kita klasifikasikan Tanah Adat mengikut ‘Suku’ masing-masing.
“Kita (Kerajaan Negeri) buat sampai ke arah itu, supaya anak-anak kita (generasi akan datang) tahu mereka ‘Suku’ apa.
“Ini yang kita cuba buat bagi mengangkat sistem Adat Perpatih,” jelas Aminuddin.
Foto: Nabil Syafiq