Berita

Kerajaan Negeri siap sedia perubahan angin monsun

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan telah bersedia menghadapi sebarang bencana khususnya banjir menjelang perubahan angin monsun.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, lebih 100 siren amaran kecemasan telah siap dipasang di sekitar negeri khususnya kawasan ‘hotspot’ banjir.

“Negeri Sembilan Command Center (NeSCOM) yang merupakan pusat koordinasi maklumat dan logistik bagi pengurusan bencana negeri juga telah mula beroperasi.

“Hal ini bagi memantau sebarang amaran bencana yang bakal berlaku.

“Selain itu, Kerajaan Negeri bersama agensi yang terlibat juga telah memastikan sebarang peralatan dan kemudahan sentiasa diselenggara dengan baik,” kata Aminuddin.

Aminuddin turut menambah bahawa Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa langkah awal bagi mengurangkan risiko banjir.

“Hari ini, walaupun dimaklumkan terdapat empat buah negeri telah dilanda banjir.

“Namun, masih tiada sebarang laporan banjir yang berlaku di Negeri Sembilan.

“Walaupun begitu, kita akan tetap bersiap siaga bagi sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku,” ujar beliau lagi.

Aminuddin berkata demikian di sidang media Pasca Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Negeri.

Show More

Related Articles

Back to top button