SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan tegas dalam memelihara hutan simpan di negeri ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, sebanyak RM140 ribu akan diperuntukkan dalam Bidang Tumpuan: Kelestarian Alam Sekitar bagi memelihara hutan simpan kekal.
“Ini adalah usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pemeliharaan hutan dan biodiversiti sedia ada.
“Untuk rekod, Negeri Sembilan mempunyai keluasan hutan sebanyak 155 ribu hektar.
“Kita perlu bersyukur kerana dikurniakan khazanah alam yang sangat berharga dengan hidupan flora dan fauna yang amat memukau.
“Oleh itu, Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menceroboh hutan simpanan kekal di negeri ini,” tegas Aminuddin.