BeritaMenarikProgram

Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan prihatin isu perumahan Generasi Kedua Felda

SEREMBAN: Pentadbiran Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat dan prihatin akan isu dan permasalahan yang dihadapi oleh generasi Felda di Negeri Sembilan.

EXCO Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi, YB Dato’ Seri Jalaluddin Alias (Pertang-BN) berkata, pada tahun 2022, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program Pemberian Lot Tanah Kediaman bagi Generasi Baharu Felda di Felda Palong 12.

“Pemberian lot-lot tanah bagi tujuan pembinaan kediaman dengan keluasan minimum 4,000 kaki persegi per lot sebanyak 100 lot di Felda Palong 12 merupakan inisiatif awal Kerajaan Negeri bagi membantu golongan baharu Felda untuk memiliki kediaman di kawasan berkenaan.

“Selain daripada skop penyediaan lot-lot rumah, antara skop pembangunan di Felda Palong 12 adalah skop pembangunan komersil seperti tapak gerai, kedai dan kemudahan pejalan kaki, serta infrastruktur asas termasuk bekalan air, bekalan elektrik, loji rawatan kumbahan, kolam takungan dan pencawang elektrik.

“Pembangunan kawasan Felda Palong 12 secara menyeluruh ini adalah dengan tujuan mewujudkan satu kawasan penempatan yang teratur dan sistematik serta dilengkapi dengan semua kemudahan asas bagi kegunaan dan keselesaan penduduk di kawasan tersebut,” kata Jalaluddin.

Jalaluddin berkata demikian bagi menjawab pertanyaan ADUN Sungai Lui, YB Mohd Razi Mohd Ali (BN) di Persidangan Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Ke-15.

Show More

Related Articles

Back to top button