Menarik

Aminuddin terima kunjungan Lembaga Lebuhraya Malaysia

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Ketua Pengarah (Bisnes) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Tuan Ir. Sazali Harun di Kediaman Rasmi beliau.

Aminuddin berkata, isu penambahbaikan lebuhraya di Negeri Sembilan menjadi topik yang dibualkan.

Dalam pada itu, Aminuddin juga menerima kunjungan hormat daripada Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM), YAD Dato’ Paduka Raja Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh.

“Saya diberitahu bahawa Persidangan Perwakilan PPKM akan diadakan di Negeri Sembilan.

“Terima kasih kepada PPKM kerana memilih Negeri Sembilan sebagai lokasi persidangan.

“Insya Allah, Negeri Sembilan bersedia menerima kehadiran para perwakilan datang dari seluruh negara.

“Terima kasih juga kepada Tuan Ir. Sazali Harun dan YAD Dato’ Paduka Raja Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh di atas kunjungan ini.

“Semoga semua yang dirancang mampu memberikan pulangan terbaik buat rakyat Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button