BeritaProgram

Kerjasama PH dan BN di Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang akan diputuskan segera

SEREMBAN: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dijangka akan memuktamadkan kerjasama dengan BN di negeri-negeri yang belum mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada penghujung Januari ini.

Naib Presiden KeADILan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, setakat hari ini belum ada sebarang ketetapan berhubung kerjasama di peringkat negeri.

“Namun, Majlis Presiden Pakatan Harapan akan berbincang dan menentukan hala tuju kerjasama dengan BN di semua enam negeri yang belum mengadakan PRN.

“Saya jangka satu keputusan dapat dicapai pada hujung bulan ini,” katanya yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan. 

Untuk rekod negeri-negeri yang belum mengadakan PRN ialah Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang yang di bawah pentadbiran Pakatan Harapan.

Manakala Kedah, Kelantan dan Terengganu di bawah pentadbiran PN.

Show More

Related Articles

Back to top button