Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita

Negeri Sembilan hantar misi bantuan banjir ke Terengganu dan Kelantan

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan menghantar misi bantuan pasca banjir ke Terengganu dan Kelantan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, misi bantuan ini membabitkan bantuan kewangan, sumbangan barangan keperluan asas dan gotong royong membaiki rumah yang rosak teruk abibat banjir.

“Kerajaan Negeri menyumbang RM100,000 dan agensi kerajaan negeri turut menyumbang barangan keperluan asas seperti makanan, tuala wanita, sabun dan sebagainya.

“Seramai 60 penjawat awam Kerajaan Negeri Sembilan terlibat dalam misi ini.

“Sebuah rumah yang rosak teruk akibat banjir di Terengganu akan dibaik pulih oleh kakitangan Majlis Bandaraya Seremban,” kata Aminuddin di majlis pelepasan konvoi misi banjir di Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar sebentar tadi.

Misi ini akan diketuai oleh Setiausaha Politik YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Encik Norazman Mohamad.

Show More

Related Articles

Back to top button