Berita

Nicole galak warga emas produktif

MANTIN: Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan, YB Nicole Tan Lee Koon menyeru agak warga emas produktif seperti di Jepun.

Nicole berkata, kebanyakkan warga emas di Jepun melakukan kerja-kerja ringan seperti mengangkat plakad di lapangan terbang, menjadi pemandu pelancong dalam bahasa Inggeris, dan menjadi pelayan di restoran makanan segera.

“Hal ini demikian kerana Malaysia akan mencapai negara menua pada 2030 dan kita belum bersedia.

“Oleh itu, sudah tiba masa kita mengambil langkah proaktif untuk menghadapi negara menua,” kata Nicole.

Nicole berkata demikian di Majlis Perasmian Program Kem Gabungan Persatuan Kwang Tung Malaysia Bahagian Wanita.

Show More

Related Articles

Back to top button