Berita

KRT digesa titik beratkan perpaduan kaum: Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menghadiri jemputan Mesyuarat JawatanKuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT, KOSPEN, COMBI) Taman Seremban Jaya Fasa 10.

YB.P.Gunasekaren berkata, konsep perpaduan perlu dititikberatkan dalam merapatkan hubungan berbilang kaum dan tidak tertumpu kepada satu bangsa sahaja.

“Beberapa isu telah dimaklumkan bagi tindakan susulan dan penambahbaikan seperti masalah lampu jalan, sampah, kebajikan penduduk dan elaun Ahli Jawatankuasa KRT Taman Seremban Jaya Fasa 10.

“Saya berbesar hati memberi peruntukan bagi menambah baik Pondok KRT sedia ada untuk memudahkan urusan komuniti setempat bagi menjalankan program dan mesyuarat,” kata beliau.

YB.P.Gunasekaren juga mengucapkan tahniah di atas perlantikan semula Encik Yusriy Zainal sebagai Pengerusi KRT Fasa 10 Taman Seremban Jaya yang sentiasa komited dan barisan Ahli Jawatankuasa sesi 2022/2023.

Turut hadir Pegawai Kanan Perpaduan Daerah Seremban, Puan Mahaletchumy Suppayah; Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali dan Ahli-Ahli Jawatankuasa KRT, KOSPEN, COMBI DAN WANITA Taman Seremban Jaya Fasa 10.

Show More

Related Articles

Back to top button