Kuala Pilah bakal hasilkan beras jenama sendiri
KUALA PILAH: Hasil penanaman padi di kawasan seluas 68.12 hektar di Terachi, Kuala Pilah, sebuah jenama beras tempatan akan dikeluarkan.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, beras tersebut bakal dijenamakan sebagai Seri Menanti.
“Beras itu juga disasarkan akan mula dikeluarkan dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Usaha ini merupakan salah satu langkah bagi merealisasikan Rancangan Struktur Negeri Sembilan (RSNS) 2045 supaya mengekalkan serta meningkatkan skim padi di Kuala Pilah.
“Dalam masa sama, ia juga bagi mempromosikan Kuala Pilah sebagai destinasi pelancongan kepada orang ramai.
“Projek ini dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah serta Jabatan Pertanian Negeri Sembilan.
“Sebanyak 49.4 tan padi dijangka dapat dikeluarkan setiap kali musim menuai.
“Tahniah kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah serta semua pihak yang terlibat bagi menjayakan program ini,” kata Aminuddin.