Berita
Kuil Maha Mariamman Rasah Jaya terima sumbangan RM30,000 daripada Arul
SEREMBAN: Kuil Sri Maha Mariamman Rasah Jaya telah menerima sumbangan kewangan sebanyak RM30,000 daripada Exco Hal Ehwal Bukan Islam, YB J.Arul Kumar.
Arul Kumar berkata, sumbangan tersebut diberikan bagi membantu pihak kuil menjalankan kerja-kerja menaik taraf.
“Semoga naik taraf kuil tersebut dapat memberikan keselesaan kepada mereka yang hadir,” kata Arul Kumar.