Berita

Rafie seru hidupkan kembali permainan tradisional

AMPANGAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek menyeru kepada masyarakat supaya menghidupkan kembali permainan tradisional.

Mohamad Rafie berkata, hal ini demikian kerana permainan tradisional dapat memupuk perpaduan dan mengeratkan hubungan silaturahim yang semakin terhakis akibat perkembangan teknologi pada masa kini.

“Permainan tradisional seperti dam haji, dan congkak mampu menajamkan pemikiran kerana memerlukan penilaian serta perancangan yang strategik bagi setiap langkah.

“Saya juga tidak menolak perkembangan teknologi, tetapi kita tidak mahu nilai kepentingan diri dan anti sosial menjadi lumrah dalam masyarakat,” kata Mohamad Rafie.

Mohamad Rafie berkata demikian di Perasmian Mini Sukan Tradisional Anjuran MPKK Kampung Gedong Lalang Lama, Ampangan.

Show More

Related Articles

Back to top button