REPAH: Lebih 100 unit lampu jalan solar pintar telah dipasang di beberapa kawasan perumahan di Pekan Tampin.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, YB Veerapan Superamaniam berkata, pemasangan lampu jalan di kawasan perumahan adalah penting bagi mengelakkan kemalangan di samping mengurangkan risiko kejadian jenayah.
“Lebih 100 unit lampu jalan solar pintar telah dipasang di Taman Indah, Taman Clonlee, Kampung Baru Tampin, Tampin Jaya dan di bandar Tampin sendiri.
“Lampu jalan solar ini dikuasakan oleh panel solar. Lampu ini menawarkan lampu LED yang sangat cekap dan terang dengan sistem kawalan pintar.
Penggunakan lampu jalan solar menjimatkan bil elektrik dan mesra alam.
“Terima kasih kepada Majlis Daerah Tampin dan Ahli Majlis Daerah Tampin yang memberikan kerjasama sepenuhnya dalam proses kerja-kerja pemasangan lampu jalan,” kata Veerapan.