Berita

Tak mahu Port Dickson seperti Langkawi

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, beliau tidak mahu Port Dickson menjadi seperti Langkawi.

“Hal ini kerana ramai pelancong yang datang ke Langkawi merasa kecewa.

“Kita tidak mahu mereka merasakan perkara yang sama di Port Dickson juga.

“Oleh itu, saya telah mengarah Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) supaya melarang aktiviti perkhemahan di kawasan di kawasan yang dilarang.

“Hal ini kerana kita menerima banyak aduan daripada orang ramai apabila terlalu banyak khemah didirikan sehingga mengganggu orang awam yang datang ke pantai.

“Kita juga telah menyediakan kawasan perkhemahan yang sesuai dan tersusun, gunakanlah sebaik mungkin.

“Kita turut tidak mahu apabila berkhemah di kawasan yang dilarang kemudian terdapat masalah, kita dipersalahkan balik sedangkan kita telah melarang mereka,” ujar Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button