BAHAU: Lebih 5,000 orang dari pelbagai lapisan masyarakat menghadiri sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina yang dianjurkan Kerajaan Negeri Sembilan.
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir serta Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud, turut berangkat mencemar duli ke majlis tersebut.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, ini kali pertama sambutan Tahun Baru Cina anjuran Kerajaan Negeri diadakan di luar bandar Seremban.
“Sambutan ini berjaya gabungkan masyarakat majmuk untuk turut sama hadir dan memeriahkan sambutan ini.
“Ini satu perkara yang baik dan bukti rakyat menerima konsep Malaysia Madani sebagai teras bangunkan negara menjadi lebih baik pada masa akan datan,” kata Aminuddin.