BeritaMenarik

Kerajaan Negeri alu UiTM dan ICU bantu tingkatkan potensi agropelancongan di Gemas

GEMAS: Kerajaan Negeri Sembilan mengalu-alukan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) bagi mengembangkan potensi agropelancongan di Kampung Londah, Gemas.

Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan, YB Veerapan Superamaniam berkata, Kampung Londah mempunyai banyak potensi-potensi lain yang boleh dikembangkan terutamanya dalam sektor agropelancongan.

“Tidak jauh dari sini, kampung ini mempunyai sebuah sawah yang indah.

“Sawah padi di sini diusahakan sendiri oleh penduduk setempat dan mampu dituai setahun dua kali.

“Walau bagaimanapun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, para pengusaha sawah hanya mampu untuk menuai setahun sekali, kata Veerapan.

Menurut Veerapan, kampung ini juga mempunyai sumber alam semula jadi yang unik seperti udang galah dan ikan baung.

“Dua hasil alam ini merupakan kandungan utama dalam hidangan tradisional negeri ini iaitu udang galah masak lemak dan ikan baung salai masak lemak.

“Walau bagaimanapun, hasil alam ini semakin lama semakin berkurangan dan menjejaskan pendapatan para nelayan darat yang terdapat disini.

“Justeru itu, Kerajaan negeri mengalu-alukan kerjasama daripada pihak UiTM dan pihak ICU bagi menzahirkan potensi-potensi besar yang ada di sini,” ujar Veerapan yang juga ADUN Repah.

Veerapan berkata demikian di Majlis Lawatan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Strategik) ICU di Jabatan Perdana Menteri, di Hub IKS Desa E-Kasih, Kampung Londah.

Show More

Related Articles

Back to top button