Liberalisasi Gas: Malaysia bersedia hadapi cabaran masa depan tenaga

Malaysia, sebagai pengeksport gas asli cecair (LNG) kelima terbesar di dunia, kini berdepan cabaran besar apabila rizab gas asli negara menunjukkan trend penurunan, khususnya di Semenanjung Malaysia dan Sabah.
Menteri Ekonomi, Dato’ Seri Rafizi Ramli berkata, statistik terkini menunjukkan kadar susut rizab gas di Semenanjung mencecah -7 peratus CAGR, manakala Sabah mencatat -4peratus CAGR.
“Sarawak kekal sebagai satu-satunya wilayah yang menunjukkan kestabilan, menyumbang 59 peratus daripada keseluruhan rizab negara.
“Mengikut unjuran semasa, Malaysia dijangka berubah status daripada pengeksport bersih kepada pengimport bersih LNG dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang.
“Ini berlaku ketika gas asli dijangka terus menjadi komponen utama dalam campuran tenaga negara, dengan sumbangan sebanyak 56% menjelang 2050.
“Mengambil kira keperluan ini, kerajaan melalui Kementerian Ekonomi telah mengumumkan pelancaran Pelan Hala Tuju Gas Asli Kebangsaan dalam tahun ini, seperti yang dinyatakan semasa Simposium Gas Malaysia baru-baru ini.
Antara fokus utama pelan tersebut termasuk:
- Mengurangkan halangan kepada akses pihak ketiga dalam pasaran gas;
- Memperkukuh infrastruktur LNG negara;
- Memposisikan Malaysia sebagai hab gas utama rantau ASEAN.
“Langkah ini dilihat penting memandangkan ASEAN secara keseluruhan dijangka menjadi pengimport bersih LNG menjelang 2027.
“Malaysia, dengan kedudukan geografi strategik, dasar berkecuali dan kekuatan infrastruktur sedia ada, dilihat berpotensi memimpin transformasi tenaga serantau.
“Penganalisis industri menjangkakan liberalisasi pasaran gas dapat memastikan kelestarian tenaga negara serta menarik lebih banyak pelaburan strategik ke dalam sektor ini.,” kata belia.