Berita
Litar Latihan Motocross Bandar Tasik Senangin rasmi Ahad ini
LENGGENG: Litar Latihan Motocross Bandar Tasik Senangin bakal dirasmikan pada 25 Jun (Ahad) ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, YB Suhaimi Kassim berkata, ini sudah semestinya memberikan kegembiraan kepada peminat motocross di Negeri Sembilan.
“Program ini juga akan turut dihadiri Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.
“Pertandingan Lenggeng Rahmah Motocross Trackday juga akan diadakan pada hari tersebut.
“Mari kita ramai-ramai memeriahkan acara ini,” kata Suhaimi.