Berita

Aminuddin saran pemakaian topeng muka

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyarankan orang ramai agar memakai topeng penutup muka.

Aminuddin berkata, hal ini kerana kes Covid-19 yang semakin meningkat.

“Penggunaan penutup muka di tempat awam amat digalakkan.

“Orang ramai juga dinasihatkan kerap membasuh tangan serta menggunakan sabun pencuci tangan.

“Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk mengetatkan semula Standard of Procedure (SOP) untuk mengawal penyakit ini.

“Walaupun kadar jangkitan itu meningkat, tetapi alhamdulillah masih tiada yang dimasukkan ke dalam wad kecemasan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button