BeritaMenarik

Manifesto PH-BN Negeri Sembilan tawar perumahan Generasi Kedua FELDA

SEREMBAN: Manifesto yang ditawarkan parti gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bakal mengusahakan pendekatan terbaik bagi penyediaan perumahan Generasi Kedua FELDA.

Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, ia merupakan bukti bahawa Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan komited menjaga kebajikan masyarakat FELDA.

“Dalam pada itu, manifesto ini juga turut mengenal pasti lot tanah yang bersesuaian di FELDA.

“Hal ini adalah bertujuan untuk ditawarkan kepada anak peneroka yang tinggal di tanah rancangan FELDA bagi tujuan pembinaan rumah.

“Oleh itu, kami mengharapkan agar rakyat di Negeri Sembilan dapat memberi mandat sekali lagi kepada kami untuk terus kekal mentadbir Negeri Sembilan bagi tempoh 5 tahun yang akan datang supaya dapat melaksanakan manifesto ini,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button