PRN-15: Manifesto Aspirasi Perpaduan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menawarkan pemberian lesen penjaja secara percuma untuk tempoh lima tahun.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pakatan Harapan Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, di bawah Kesejahteraan Rakyat (Teras 3), sebanyak lima inisiatif ditawarkan kepada rakyat Negeri Sembilan:
1. Memberi lesen penjaja secara percuma untuk tempoh lima tahun.
2. Menaikkan Bantuan Am Jabatan Kebajikan Masyarakat (B4U) daripada RM270 kepada RM300 dan RM320 kepada RM350.
3. Meneruskan initiatif Rumah Minda Ceria untuk mengatasi masalah gelandangan.
4. Bantuan Implan Ortopedik untuk golongan yang berpendapatan rendah.
5. Mewujudkan Pusat Pengurusan Pesakit Dialisis di setiap Pejabat Pusat Khidmat DUN serta meneruskan Tabung Perubatan Dialisis untuk pesakit dialisis yang kurang berkemampuan.