BeritaMenarik

Insentif RM1,000 untuk pelajar dapat semua A+ dalam SPM, STPM, STAM

PRN-15: Manifesto Aspirasi Perpaduan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menawarkan pemberian Insentif Khas Galakan Kecemerlangan sebanyak RM1,000 kepada anak-anak Negeri Sembilan yang memperoleh keputusan Straight A+ di dalam peperiksaan SPM, STPM dan STAM.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pakatan Harapan Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, sebanyak 10 inisiatif ditawarkan kepada rakyat Negeri Sembilan di bawah Teras 2 iaitu Pendidikan dan Modal Insan.

1. Meneruskan pemberian pengecualian bayaran balik Pinjaman Pendidikan Yayasan Negeri Sembilan bagi pelajar yang memperolehi keputusan Ijazah Kelas Pertama.

2. Mewujudkan program khas penguasaan Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Negeri Sembilan.

3. Memberi Insentif Khas Galakan Kecemerlangan sebanyak RM1,000 kepada anak-anak Negeri Sembilan yang memperoleh keputusan Straight A+ di dalam peperiksaan SPM, STPM dan STAM.

4. Menubuhkan Pusat Bakat untuk menjana modal insan kreatif serta inovatif anak muda dan pekerja industri lejang (industri Gig).

5. Memperluaskan Sekolah Magnet di Negeri Sembilan bagi membuka ruang kepada pelajar cemerlang yang tidak mendapat tempat di sekolah berasrama penuh.

6. Tuisyen percuma untuk keluarga berpendapatan rendah.

7. Bantuan Khas Tahunan kepada SAR, Pusat Tahfiz, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan Agama, SJKC, SJKT dan sekolah swasta terpilih.

8. Skim Dermasiswa Sara Hidup sebanyak RM150 sebulan kepada pelajar IPTA dari keluarga yang kurang berkemampuan.

9. Bantuan komputer riba kepada pelajar Tingkatan 6 dan ke atas dari keluarga B40.

10. Pemberian pinjaman tanpa faedah secara bersasar kepada mahasiswa yang ingin melanjutkan pengajian peringkat Master dan PHD di Universiti Awam.

Show More

Related Articles

Back to top button