BeritaMenarik

Kerjasama dengan Umno bantu gerak kerja kempen

LABU: Kerjasama dengan Umno banyak membantu gerak kerja kempen calon DUN Labu, Saudara Ismail Ahmad.

Ismail berkata, banyak program diadakan bersama dengan jentera pilihan raya Umno.

“Kita telah menemui ramai pengundi dan dalam tempoh kempen tinggal dua hari sahaja lagi, saya mahu menemui pengundi seberapa ramai yang mungkin.

“Kita telah kenalpasti pengundi yang tidak mempunyai pengangkutan untuk keluar mengundi pada hari Sabtu ini.

“Justeru itu, jentera pilihan raya Pakatan Harapan dan Barisan Nasional DUN Labu akan menyediakan pengangkutan kepada pengundi tersebut untuk keluar mengundi pada 12 Ogos ini.

“Melihat sokongan pengundi yang ditemui, saya yakin dapat mengekalkan kemenangan di DUN Labu,” kata Ismail.

Ismail berkata demikian kepada Negeri Kita selepas mengadakan program walkabout di Kampung Gadong Jaya dekat sini pada hari Khamis.

Ismail menyantuni pengundi di Kampung Gadong Jaya.
Show More

Related Articles

Back to top button