BeritaMenarik

Afdlin puji prestasi Kerajaan Negeri Sembilan

AMPANGAN: Pelakon dan aktivis Keadilan, Dato’ Afdlin Shauki memuji prestasi Kerajaan Negeri Sembilan semasa pentadbiran Pakatan Harapan selama lima tahun.

Afdlin berkata, saya telah lihat sebanyak 97 peratus manifesto berjaya dilaksanakan.

“Sekiranya tiada Covid-19, kemungkinan Kerajaan Negeri dapat menunaikan kesemua manifesto.

“Oleh itu, pada pandangan saya tiada apa yang perlu diubah lagi.

“Anda semua memiliki sebuah Kerajaan Negeri yang menepati janjinya,” kata Afdlin.

Afdlin berkata demikian di Ceramah Kelompok DUN Ampangan di Golf Height, semalam.

Show More

Related Articles

Back to top button