Berita
Masalah perparitan Kg Sawah Lebar akan diselesaikan segera
SENALING: Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah turun padang bagi melawat masalah perparitan di Kampung Sawah Lebar.
Mohd Razali berkata, kawasan tersebut sering banjir kerana masalah sistem perparitan.
“Oleh itu, saya telah ajukan masalah ini kepada pihak berkaitan bagi menyelesaikan masalah ini dengan segera.
“Hal ini supaya kejadian banjir tidak akan berulang sehingga menjejaskan rumah di kawasan sekitar,” kata Mohd Razali.