Berita

Masjid dan surau terima sumbangan kurma daripada Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Dua buah masjid dan sembilan buah surau menerima sumbangan buah kurma daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren sempena sambutan Ramadhan.

“Sempena sambutan Ramadhan saya menyumbang buah kurma kepada Masjid Nurul Hidayah Taman Seremban Jaya (Fasa 5), Masjid Saiditina Khadijah Taman Seremban Jaya (Fasa 5), Surau Taman Seremban Jaya (Fasa 1), Surau Taman Senangin, Surau Nurul Hidayah Taman Seremban Jaya, Surau Nur Ikhwan Taman Seremban Jaya (Fasa 9), Surau Hubbul Watan Taman Seremban Jaya (Fasa 10), Dewan Komuniti Islam Taman Tuanku Ampuan Najihah, Surau Rumah Pangsa Senawang 2, Surau Taman Sri Mawar (Fasa 1) dan (Fasa 2).

“Mengagihkan buah kurma adalah antara program di DUN Seremban Jaya yang diadakan setiap tahun pada bulan Ramadhan,” kata Gunasekaren.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali dan Pembantu Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Encik Minnal dan Encik Muganthan.

Show More

Related Articles

Back to top button