Berita

Masjid Nilai Impian siap di bina

SEREMBAN: Masjid baharu Nilai Impian telah siap di bina dan telah diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, sebanyak RM8.3 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri bagi membina masjid tersebut.

“Masjid tersebut telah berjaya disiapkan sepenuhnya pada 26 Ogos lalu dan dianggarkan boleh menampung sehingga 2,550 orang jemaah dalam satu-satu masa.

“Masjid ini dilengkapi ruang wuduk lelaki dan wanita, bilik pengurusan jenazah, tandas, pejabat dan bilik mesyuarat serta tempat letak kereta termasuk Orang Kurang Upaya (OKU).

“Sistem siaraya yang digunakan juga dilengkapi dengan teknologi audio terkini yang boleh digunakan secara digital.

“Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyempurnakan pembinaan Masjid Nilai Impian,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button