Berita
Masjid Taman Intan Pertama terima RM2,000 daripada Nasir
BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman telah memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM2,000 kepada Masjid Taman Intan Pertama.
Nasir berkata, sumbangan tersebut bagi membantu meringankan beban pihak masjid untuk mengadakan aktiviti mengimarahkan masjid.
“Semoga sumbangan tersebut dapat membantu pengurusan masjid.
“Dalam pada itu, saya turut menaja jamuan moreh di Masjid Teluk Kemang setelah selesai solat terawih berjemaah,” kata Nasir.