Berita

MBS bantu mangsa banjir di Gemencheh dan Gemas

SEREMBAN: Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menyalurkan bantuan pasca banjir di kawasan terjejas di Gemencheh dan Gemas.

Datuk Bandar MBS, Dato’ Masri Razali berkata, seramai 70 kakitangan MBS yang terdiri daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Pelancongan, Jabatan Penyelenggaraan, Jabatan Kesihatan Persekitaran serta Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan telah turun padang bagi membantu mangsa banjir di kawasan terjejas.

Kekuatan ini juga ditambah dengan bantuan daripada pihak NGO iaitu Kelab Radio Amatuer ( NESRAC) dan Skuad Pantas Nilai seramai 20 orang bersama-sama pihak MBS menjalankan misi bantuan ini.

“Aset-Aset MBS juga turut digerakkan iaitu melibatkan kenderaan seperti sebuah lori tangki air, dua Tail-Lift, sebuah lori, tiga kenderaan pacuan empat roda dan lima Waterjet turut digunakan bagi misi bantuan ini.

“Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa banjir yang terkesan disebabkan bencana yang berlaku.

“MBS amat komited dalam membantu mangsa-mangsa banjir, tidak kira di dalam kawasan pentadbiran atau di luar kawasan,” kata beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button