Berita

INSENTIF PETANI MUDA: Pengusaha tanaman jambu batu raih pendapatan RM291,500

JOHOL: Encik Ng Kah Kian dari Kampung Nerusa, Johol mengusahakan tanaman jambu batu atas tanah seluas 1.8 hektar.

Bagi tahun 2021, beliau berjaya mengeluarkan sebanyak 55 tan metrik buah dengan pendapatan kasar berjumlah RM291,500.

Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Sembilan telah membantu beliau melalui Insentif Petani Muda dan Insentif Pengeluaran Agromakanan yang masing-masing berjumlah RM10,000 dan RM5,000.

Tahniah diucapkan kepada Encik Ng Kah Kian. Semoga insentif yang diberikan ini dapat meningkatkan lagi pengeluaran jambu batu beliau.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyeru kepada semua pihak terutamanya golongan muda untuk menceburi bidang pertanian.

“Bidang pertanian mampu memberikan pulangan lumayan, sektor ini juga mampu menjamin pendapatan untuk jangka masa panjang berikutan permintaan yang sentiasa ada.

“Kerajaan Negeri turut membantu mengembangkan sektor ini dengan pelbagai insentif seperti:

i. Insentif Siswazah Tani (InSisT9)
ii. Insentif Petani Muda
iii. Insentif Agro Pengeluaran Makanan (Agrocash)
iv. Insentif Keselamatan Makanan
v. Insentif Pembangunan Tanah Terbiar

“Individu yang berminat boleh menghubungi Pejabat Pertanian Daerah masing-masing bagi mendapatkan maklumat berkenaan insentif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button