BeritaMenarikProgram

Mohamad Hasan kini Menteri Luar Negeri, Dr.Dzulkefly Menteri Kesihatan yang baharu

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Rembau, YB Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan telah dilantik sebagai Menteri Luar Negeri dalam rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi.

Anwar turut mengumumkan Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dato’ Seri Dr.Dzulkefly Ahmad sebagai Menteri Kesihatan.

Ahli Parlimen Damansara, YB Gobind Singh Deo pula dilantik sebagai Menteri Digital, manakala Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Ahmad Fahmi Mohamad Fadzil akan memegang jawatan sebagai Menteri Komunikasi.

Kementerian Komunikasi dan Digital kini telah dipecahkan menjadi dua kementerian.

Show More

Related Articles

Back to top button