PALONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong, YB Mustapha Nagoor menyarankan guru, ibu bapa dan pemimpin masyarakat memberi keutamaan kepada aspek pembelajaran pelajar terutamanya pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.
“Program Jalinan Mesra anjuran pihak sekolah dan PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perpatih adalah untuk membincangkan mengenai prestasi pembelajaran khususnya bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM.
“Segala pandangan dan saranan dapat dikongsikan sepanjang program ini berlangsung untuk direkodkan serta diambil tindakan selanjutnya supaya dapat membantu anak-anak atau murid sebagai persediaan awal dalam menghadapi peperiksaan yang akan tiba tidak lama lagi.
“Semoga program seperti ini juga dapat menjadi pemangkin peningkatan prestasi pelajar dan dapat mengeratkan lagi jalinan ukhuwah antara kita semua,” ujar Mustapha.
Mustapha berkata, kebajikan guru dan pelajar sentiasa menjadi keutamaan beliau.
“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana hadir menjayakan program kali ini,” katanya.