BAJET 2023: Kerajaan Negeri Sembilan akan menaiktaraf Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi yang akan dilaksanakan secara kerjasama antara Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dan MBI.
Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Dato’ Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, sebanyak RM1.2 juta akan diperuntukkan bagi kerja-kerja menaiktaraf tersebut.
“Kerajaan Negeri dalam Belanjawan 2023 memperuntukkan RM1.7 juta untuk pembangunan fasiliti sukan dan pemerkasaan Sukan Paralimpik.
“Saya ingin merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada pasukan bola sepak Negeri Sembilan yang telah berjaya menduduki tangga ke-empat dalam carta Bola Sepak Liga Super tahun 2022.
“Kejayaan cemerlang yang dipamerkan oleh anak-anak muda ini, membuktikan bahawa tidak ada yang mustahil dan sukar untuk dicapai sekiranya diusahakan dengan bersungguh-sungguh,” kata Mohamad Taufek.