Berita

111 pelajar terima komputer riba daripada Aminuddin

KUALA PILAH: Seramai 111 orang pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) telah menerima sumbangan komputer riba daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun di Kuala Pilah.

Aminuddin berkata, sumbangan tersebut merupakan inisiatif Kerajaan Negeri melalui Yayasan Negeri Sembilan (YNS) bagi membantu anak-anak di negeri ini yang menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya.

“Selain itu, komputer yang diberikan juga mengikut spesifikasi yang diperlukan mengikut kos pengajian masing-masing.

“Sumbangan ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri amat komited bagi memastikan pendidikan di negeri ini semakin ke hadapan.

“Hal ini supaya anak-anak di negeri ini dapat menjadi insan dan pemimpin yang cemerlang pada masa akan datang, insya Allah,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button