Berita

14 penduduk terima geran hak milik kekal

REPAH: Seramai 14 pemilik kediaman dari DUN Repah telah menerima geran bagi pertukaran hakmilik pajakan (leasehold) kepada hakmilik kekal (freehold).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, YB Veerapan berkata, ini merupakan salah satu daripada tawaran dalam manifesto Pakatan Harapan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang berjaya dilaksanakan.

“Kerajaan Negeri sedar bahawa inisiatif ini mampu memberi manfaat yang besar buat rakyat Negeri Sembilan.

“Melalui ‘political will’ yang kuat, akhirnya kelulusan untuk melaksanakan inisiatif ini berjaya diperoleh.

“Bagi memastikan inisiatif ini tidak membebankan rakyat yang layak, kadar premium yang dikenakan adalah rendah.

“Justeru, seramai 14 pemilik kediaman dari DUN Repah telah menerima geran hakmilik kekal,” kata Veerapan.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tampin, YB Hasan Bahrom.

Show More

Related Articles

Back to top button