Menarik

Gotong-royong pupuk semangat kerjasama: RAFIE

AMPANGAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie telah turun padang bagi aktiviti gotong-royong di Taman Dusun Setia.

Mohamad Rafie berkata, usaha ini dapat memupuk semangat kerjasama dalam masyarakat.

“Saya juga dapat bersama masyarakat setempat khususnya golongan belia ketika melakukan aktiviti ini.

“Terima kasih kepada pihak Majlis Bandaraya Seremban dan SWM yang memberikan kerjasama menjayakan aktiviti gotong-royong ini,” kata Mohamad Rafie.

Show More

Related Articles

Back to top button