Berita

Nasir: Perkasa wanita bukan untuk saingi lelaki, tetapi membangun generasi

LINGGI: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Rahman berkata, agenda untuk memperkasakan wanita bukan untuk menyaingi lelaki tetapi untuk membolehkan golongan wanita turut sama membangunkan generasi.

Nasir berkata demikian dalam sambutan Hari Wanita Peringkat Parlimen Port Dickson di Dewan Orang Ramai Linggi.

“Mengadakan majlis penghargaan kepada golongan wanita di segenap lapisan masyarakat memberi makna yang sangat besar kepada golongan ini.

“Wanita juga mempunyai peranan yang sama besar dalam pembangunan generasi. Sudah tentu apabila kita kata tentang generasi akan datang ianya merangkumi lelaki dan wanita.

“Justeru, golongan wanita juga perlu diperkasakan agar mereka juga boleh bersaing dalam apa jua sektor termasuk ekonomi, pendidikan dan sosial,” kata Nasir.

Turut hadir, Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah dan Pegawai Daerah Port Dickson, Tuan Khairy Maamor.

Show More

Related Articles

Back to top button